top of page

Olympiaditus Group

Public·130 members
Andrew Collins
Andrew Collins

UNDANG-UNDANG PERMAINAN BOLA BALING



Bengkel yang dikelolakan oleh Zon Timur dan dianjurkan oleh SK. Kilimu itu memperuntukkan dua slot iaitu pengenalan teori berkaitan undang-undang permainan yang dijalankan pada waktu pagi dan seterusnya praktikal kepengadilan di padang SK. Kilimu.




UNDANG-UNDANG PERMAINAN BOLA BALING



1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Bola Baling Antarabangsa (IHF) dan Peraturan-Peraturan AM MSSM. 2. JENIS PERTANDINGAN 1. Pertandingan berpasukan antara MSS. Negeri, bawah 12 tahun dan bawah 18 tahun (Lelaki dan Perempuan) 2. Masa Permainan 1. Secara Liga 15 minit setiap separuh masa permainan dengan 5 minit rehat (15:10:15) 2.2.2 Kalah Mati 20 minit diberi untuk setiap permainan dengan 10 minit rehat (20:10:20) 2.3 Masa Rehat Pasukan (1 minit) (Team Time Out) 1. Setiap pasukan dibenarkan meminta masa rehat (Time out) sekali bagi setiap separuh masa. 2. Pegawai dari mana-mana pasukan bolehlah memohon masa rehat dengan melayangkan KAD HIJAU kepada penjaga masa (Time keeper) 3. Situasi yang dibolehkan untuk meminta masa rehat pasukan ialah; 1. Selepas bola terkeluar daripada garisan tepi gol sendiri atau garisan tepi gol. (Own goal line or outer goal line) 2. Selepas pasukannya terkena jaringan gol 3. PENDAFTARAN PEMAIN 3.1 Tiap-tiap pasukan terdiri tidak lebih daripada 14 orang pemain ( 7 orang pemain dengan 5 orang pemain ganti dan 2 orang pemain simpanan). 1. Untuk setiap perlawanan, 12 orang pemain akan didaftarkan ke dalam borang skor (Scoresheet) sebelum perlawanan bermula dengan 7 orang pemain (6 pemain gelanggang dan seorang penjaga gol). 4. SISTEM PERTANDINGAN Sistem pertandingan dijalankan secara liga dan / atau cara kalh mati seperti berikut:- 1. Cara Liga Empat Kumpulan (A, B, C dan D) 1. Pusingan Pertama 1. Sekiranya dua belas atau lebih pasukan mengambil bahagian , mereka hendaklah dibahagikan kepada empat (4) kumpulan iaitu A, B,C dan D. Pertandingan akan dijalankan secara liga. 2. Johan, naib Johan, Tempat Ketiga dan Keempat dalam petandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut :- Johan - Kumpulan A Naib Johan - Kumpulan B Ketiga - Kumpulan C Keempat - Kumpulan D Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam empat kumpulan tersebut dengan cabutan undi. 3. Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya. 2. Pusingan Kedua ( Suku Akhir) 1. Pemenang 1 dan pemenag 2 dalam setiap kumpulan akan masuk ke pusingan suku akhir dan pertandingan akan dijalankan secara kalah mati. 2. Perlawanan adalah ditetapkan sebagaimana berikut :- 3. Pusingan Separuh Akhir (SA) 1. Pemenang-pemenang (Pmg.) perlawanan Suku Akhir akan memasuki pertandingan Separuh Akhir 2. Pertandingan ini hendaklah dimainkan secara kalah mati seperti berikut :- Pmg. SA 1 melawan Pmg. SA 2 Pmg. SA 3 melawan Pmg. SA 4 4.1.4 Pusingan Akhir 1. Pemenang-pemenang peringkat Separuh Akhir layak bermain dalam Pertandingan Akhir dan pasukan yang kalah dalam peringkat Separuh Akhir akan bermain bagi menentukan tempat ketiga dan keempat. 2. Cara Liga Tiga Kumpulan ( A, B, C dan D ). 1. Pusingan Pertama 1. Sekiranya sembilan hingga sebelas pasukan mengambil bahagian merek hendaklah dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu A, B dan C. Pertandingan akan dijalankan secara liga. 2. Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut :- Johan - Kumpulan A Naib Johan - Kumpulan B Ketiga - Kumpulan C 4.2.2 Pusingan Kedua 1. Pemenang 1 dan Pemenang 2 dalam setiap kumpulan akan ditempatkan ke dalam kumpulan X dan Y dengan mengadakan undian. 2. Undian akan dibuat selepas sahaja tamat pusingan pertama. 3. Dari tiga Pemenang 1, satu akan ditempatkan ke kumpulan lain. 4. Pemenang 2 setiap kumpulan akan ditempatkan di kumpulan lain dari Pemenang 1 kumpulannya. 5. Pasukan-pasukan dalam kumpulan X dan Y akan bermain secara liga dalam kumpulan masing-masing. 2. Pusingan Akhir 1. Pemenang 1 Kumpulan X akan melawan Pemenang 1 Kumpulan Y untuk menentukan Johan dan Naib Johan. 2. Pemenang 2 Kumpulan X akan melawan Pemenang 2 Kumpulan Y untuk menentukan Tempat Ketiga dan Tempat Keempat. 3. Cara Liga Dua Kumpulan ( A dan B ) 1. Pusingan Pertama 1. Sekiranya enam hingga lapan pasukan bahagian mereka hendaklah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu A dan B. Pertandingan akan dijalankan secara liga. 2. Johan dan Tempat Keempat dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam Kumpulan A, dan Naib Johan dan Tempat Ketiga ditempatkan dalam Kumpulan B. Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam dua kumpulan dengan cabutan undi. 3. Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya. 2. Pusingan Kedua ( Separuh Kedua ) 1. Pemenang 1 Kumpulan A akan melawan Pemenang 2 Kumpulan B (Kumpulan X) dan Pemenang 1 Kumpulan B akan melawan Pemenang 2 Kumpulan A (Kumpulan Y). 2. Pasukan-pasukan dalam Kumpulan X dan Y akan bermain secara kalah mati. 3. Pusingan Akhir 1. Pemenang Kumpulan X akan Pemenang Kumpulan Y untuk menentukan Johan dan Naib Johan 2. Kalah Kumpulan X akan melawan Kalah Kumpulan Y untuk menentukan tempat Ketiga dan Keempat. 4. Cara Liga Satu Kumpulan Sekiranya lima atau kurang daripada lima pasukan mengambil bahagian, pertandingan secara liga satu pusingan akan dijalankan. 5. CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN KUMPULAN 1. Secara Liga 1. Cara Memberi Mata Menang - 2 mata Seri - 1 mata Kalah - 0 mata 2. Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama, maka pemenang akan ditentukan seperti berikut :- a) Pasukan yang memperolehi perbezaan gol terbanyak akan dikira menang b) Jika masih seri, pasukan yang menjaringkan gol terbanyak dikira menang c) Jika masih seri, pasukan yang kurang kena gol akan dikira menang. d) Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang. e) Jika masih seri, cabutan undi akan dijalankan. 2. Secara Kalah Mati 1. Bagi perlawanan secara kalah mati, jika kedudukan seri selepas sepenuh masa langkah-langkah berikut akan dipatuhi untuk memutuskan pemenangnya. a) Perlawanan masa tambahan 10 minit akan diadakan setelah berehat lima minit. b) Selepas 5 minit perlawanan separuh masa pertama, satu minit diberikan untuk bertukar tempat dan perlawanan diteruskan 5 minit lagi c) Jika keputusan masih seri, sistem balingan penalti akan dijalankan kecuali dalam perlawanan akhir. d) Jika balingan penalti tidak dapat dijalankan kerana cuaca, penglihatan kurang jelas atau keadaan-keadaan lain tidak mengizinkan, maka undian hendaklah dijalankan. 2. Sistem Balingan Penalti a) Tiap-tiap pasukan mengambil 5 balingan dari garisan penalti dengan cara balingan berselang seli oleh 5 orang pemain. b) Jika masih seri, maka balingan penalty hendaklah diteruskan oleh pemain yang berlainan secara berselang-seli dengan 'sudden death'. c) Pengadil akan memutuskan gol mana balingan penalti itu dijalankan. d) Pengadil hendaklah membuat undian dan pasukan yang menang akan membuat balingan dahulu. e) Hanya pemain-pemain yang menyertai perlawanan akhir dalam masa tambahan dibenarkan membuat balingan penalty. f) Pemain-pemain yang akan mengambil bahagian penalty dan penjaga gol pasukan lawan mestilah berada di luar garisan balingan percuma. g) Semua pemain lain hendaklah berada di garisan tengah gelanggang. h) Semua gol boleh ditukar pada bila-bila masa semasa balingan penalty dijalankan. 6. PAKAIAN Sila rujuk undang-undang Bola Baling Antarabangsa ( IHF ) dan perkara-perkara berikut:- 1. Semua pemain dimestikan memakai kasut dan bersarung kaki. 2. Pemain-pemain dibenarkan memakai kasut biasa dan 'boot'. Kasut berpaku tidak dibenarkan sama sekali. 3. Kasut 'boot' yang mempunyai 6 'stud' tidak dibenarkan dipakai dan tinggi 'stud' yang dibenarkan tidak melebihi 12mm. 7. GELANGGANG PERMAINAN Sila rujuk Undang-undang Bola baling antarabangsa (IHF) dan perkara berikut:- 1. Tiap-tiap gelanggang permainan hendaklah disediakan satu kawasan keselamatan di luar gelanggang permainan dengan ukiran sekurang-kurangnya 1 meter dari garisan tepi dan sekurang-kurangnya 2 meter dari garisan gol. 8. ALATAN 1. 18 tahun ke bawah (lelaki) saiz 3 IHF Berat - 425 gm hingga 475 gm Lilitan - 58 cm hingga 60 cm 2. 18 tahun ke bawah (perempuan) dan 12 tahun ke bawah (lelaki dan perempuan) saiz 2 IHF. Berat - 325 gm hingga 400 gm Lilitan - 54 cm hingga 56 cm 3. Sepanjang pertandingan ini dijalankan, bola disediakan oleh pihak MSSM. 9. KELEWATAN Hanya 10 init akan diberikan diberikan kepada sesuatu pasukan yang lewat.Selepas itu,pihak lawannya akan diberi kemengan dengan 2 mata dan bilangan gol 3 - 0. 10. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH 10.1 Pasukan /Peserta yang telah bersetuju mengambil bahagian tidak dibenarkan menarik diri semasa pertandingan dijalankan. 1. Sekiranya sesebuah pasukan / peserta menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada pertandingan-pertandingan,semua keputusan pertandinganyang dimainkan oleh pasukan / peserta itu akan dibatalkan.Pasukan tersebut tidak dibenarkan menyertai perlawanan seterusnya dan tindakan tatatertib akan diambil keatas pasukan yang berkenaan. 11. SINGKIR(KAD MERAH) DAN BATAL 11.1 Jika seseorang pemain atau pegawai pasukan menerima satu kad merah atau disingkirkan dalam satu-satu perlawanan ,ia akan digantung satu perlawanan berikutnya. 11.2 Jika seorang pemain atau pegawai pasukan menerima kad merah atau disingkirkan kali kedua,ia tidak dibenarkan bermain atau berada di gelanggang di mana pasukannya bermain dalam mana-mana perlawanan sepanjang pesta tersebut. 12. BANTAHAN 12.1 Bantahan bertulis dengan menggunakan 'Borang Bantahan' yang ditandatanganioleh seorang pegawai pasukan berdaftar hendaklah diserahkan kepada Setiausaha jawatankuasa Pengelola pertandingan atau wakilnya tidak lewat daripadanya satu jam selepas tamat perlawanan dengan bayaran RM 200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus).Wang tersebut tidak akan dikembalikan jika didapati bantahan itu tidak berjaya (Kecuali dinyatakan dalam permainan tertentu) 12.2 Jika sesuatu pasukan membuat bantahan,perlawanan mereka selepas itu hendaklah dijalankan dengan keadaan bermain tanpa bantahan. 13. LEMBAGA JURI RAYUAN Ahli-ahli juri rayuan hendaklah terdiri daripada 5 orang (minimum) atau 7 orang (maksimum) daripada sekurang-kurangnya 3 buah negeri.Mereka adalah terdiri daripada:- 13.1 Pengerusi Jawatankuasa Pengelola dan Wakilnya. 13.2 Pengerusi Jawatankuasa T eknik MSSM atau wakilnya. 1. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (Pengelola Permainan Berkenaan) atau wakilnya. 2. Setiausaha Agung atau wakilnya. 3. Tiga orang wakil MSS. Negeri yang tidak terlibat dengan bantahan / kes tersebut. 14. LEMBAGA TATATERTIB PESTA 1. Lembaga ini terdiri daripada :- 1. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan 1 atau wakilnya sebagai Pengerusi. 2. Pengerusi Jawatankuasa Teknik MSSM atau wakilnya. 3. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (Pengelola Permainan Berkenaan) atau wakilnya. 4. Setiausaha Agung MSSM atau wakilnya. 5. Pengerusi Teknik Permainan Berkenaan. 15. MAJLIS MAKAN MALAM Semua pasukan MSS. Negeri hendaklah hadir di Majlis makan Malam yang diadakan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Permainan berkenaan memberikan kerjasama menjayakan majlis tersebut seperti atur cara yang ditetapkan. Pihak Pengelola Pertandingan hendaklah melaporkan kepada urusetia MSSM sekiranya terdapat pasukan MSS. Negeri yang tidak memberikan kerjasama dan memaklumkan kepada Jawatankuasa Kerja MSSM. 16. MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH Semua pasukan MSS. Negeri yang menyertai peertandingan permainan MSSM hendaklah hadir di Majlis Penyampaian Hadiah yang diatur oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan MSSM. Jika terdapat MSS. Negeri yang tidak memberikan kerjasama, Jawatankuasa Pengelola hendaklah memaklumkan kepada lUrusetia MSSM serta Pengarah Pendidikan Negeri berkenaan agar tindakan diambil terhadap pengurus pasukan berkenaan. 17. KESELAMATAN 17.1 Pihak Pengelola Pertandingan MSSM akan mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini di tempat penginapan dan pertandingan. 17.2 Sebarang kehilangan atau kerosakan harta benda semasa pertandingan adalah tanggungjawab peserta sendiri, walau bagaimanapun beberapa persediaan akan diadakan bagi mengelakkan kehilangan dan kemalangan. 18. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN Semua perkara yang dinyatakan dalam peraturan Am MSSM dan Peraturan Kejohanan Bola Baling ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan dan keputusan adalah muktamad. Sila rujuk Peraturan-Peraturan Am (15) MSSM. 350c69d7ab


About

Welcome to the group! You can connect with other members, ge...

Members

Group Page: Groups_SingleGroup